Wednesday, 7 May 2014

HUKUM NUN SAKINAH

Pengenalan.
Sebelum kita membicarakan hukum Nun Sakinah dan Tanwin, kita perhatikan dulu tanda sukun dan tanwin yang berbeda-beda dalam penulisan Rasm Utsmani tanda-tanda dan corak ini boleh membantu mengenal hukum Tajwid dengan lebih mudah.

Tanda Sukun dan Tanwin dlam Rasm Utsmani
Tanda Sukun.
Tanda sukun Rasm Utsmani ada 3 bentuk:
Ø  Tanda Kepala Huruf Kha’ tanpa titik mati2 artinya tanda huruf itu mati. Tanda ini menerbitkan hukum Izhar dan akan dibicarakan dalam bab yang akan datang
Ø  Tanda bulat kecil bulat , Tanda ini menunjukkan bahawa huruf tersebut sebagai huruf tambahan saja dan tidak dibaca ketika menyambung atau berhenti
Ø  Tanda bulat bujur meninggi  baris mati tanda terletak pada huru alif . yang menunjukkan bacaan huruf alif tersebut digugurkan ketika menyambung bacaan dan diambil kira/dibaca ketika berhenti bacaan padanya dengan kadar 2 harakat.


Kedudukan Tanwin
  1. Tanwin berbaris/harakat di atas dan di bawah ada dua bentuk.
1.    Bersamaan dan selari barisnya (tanwin3 ). Ia menghasilkan hukum Izhar.
2.    Baris dua tidak selari (tanwin4 ) . Ia menghasilkan hukum Idgham dan Ikhfa‘.
  1. Tanwin berbaris dua di depan, dua bentuk.
1.    Baris dua depan/dhommahtanwin yang diterbalikkan tanda keduanya ( tanwin5) seolah-olah nomber 69 sambil menunjukkan bacaan itu diizharkan.
2.    Baris dua hadapan yang berbentuk dua huruf wau kecil yang berturut-turut (tanwin6) seolah-olah nomber 99 menghsilkan hukum bacaan idgham dan Ikhfa’.

Nun Sakinah dan Tanwin
Pengertian
Ialah nun yang tidak berharakat/berbaris. ia kekal bacaan dan tulisan dan juga tetap ada ketika wasal dan wakaf.
Pengertian tanwin
Ialah nun tambahan yang tidak berharakat/berbaris. ia wujud dari segi bacaan tetapi tidak wujud dari segi tulisan.

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf hijaiyah yang terdiri dari 28 huruf maka hukumnya terbahagi kepada 4 ;

  1. Al-Izhar
  2. Al-Idgham
  3. Al-Iqlab
  4. Al-Ikfa’

No comments: